


*above picture- ketiga-tiga yang diambil pada hariku yang sibuk. Chewah!!
Salah satu daripada nak berasa bagus, atau rasa bahagia ni ialah sibukkan diri anda. Lagi sibuk anda lebih bahagia anda. Biarpun rasa letih, penat tapi hati kecil akan akui betapa bahagianya ia. Tidur pun lena, hati puas sebab kita dah berikan yang terbaik untuk kehidupan kita. ( “Tau Tak Apa” oleh HM Tuah Iskandar)
Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh HM Tuah Iskandar. Kadang-kadang kita memang mengeluh sebab terlalu penat dengan beban kerja, belajar, hal keluarga dan sebagainya. Namun, disebalik kesibukan itu kita akan berasa sangat puas apabila satu-satu hal itu berjaya diselesaikan; apatah lagi kalau berjaya diselesaikan dengan sempurnanya. Pasti BAHAGIA!!..
Kita juga akan berasa kerugian andaikata masa yang diberikan iaitu 24 jam sehari tidak digunakan dengan sebaiknya. Seboleh-boleh kita manfaatkan dengan perkara-perkara yang berguna untuk diri, keluarga dan masyarakat. Sentiasalah sibuk-sibukan diri anda. Tapi, awas!! jangan plak ‘jaga tepi kain orang’. Jangan salah tafsir pula dengan istilah sibuk-menyibuk ini. Kain sendiri pun tidak terjaga; inikan pula nak jaga ‘tepi kain orang’ (sekadar gurauan).
Apa lagi; kepada sesiapa yang tidak sibuk. silalah buat-buat sibuk supaya anda akan berasa bagus. hehehe..
p/s: Tahniah kepada Jordan & Janwee dan Hafiz & Syahirah Hanim. Syahirah Hanim (shi) adalah adik homeroomku ketika di MRSMBP dulu.







