

Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin..


Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin..

Tinggal beberapa hari lagi sahaja kita akan meninggalkan bulan yang penuh barakah ini. Perasaan bercampur baur di akhir-akhir Ramadhan ini. Sedih, suka, hiba dan sebagainya. Persoalan utama, adakah kita bakal bertemu kembali pada Ramadhan akan datang? Adakah amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterima? serta pelbagai lagi soalan2 yang bermain dikotak fikiran. Mudah-mudahan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan kali ini diterima olehNya.
Walaupun sedih untuk meninggalkan Ramadhan; namun kita tidak pula boleh bersedih pada pagi Syawal. Kita diharuskan untuk bergembira pada hari tersebut. Hari kejayaan kita menempuh bulan Ramadhan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kedua ibu bapa yang banyak membimbing saya, guru-guru yang tidak pernah kenal erti penat lelah untuk mendidik kita, rakan-rakan dikala susah dan senang, dan tidak lupa juga kepada client2 serta sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.