
Catur Bistari-Permainan Keusahawan
Saya sudah membeli permainan ini semasa ronda2 sementara menunggu waktu berbuka dengan harga RM80.00 di e@Curve, Kota Damansara. Harga asal adalah RM89.90. Mula-mula tengok permainan ini tercetus difikiran saya “Ini macam CashFlow 101 je..” (cetusan idea berdasarkan laluan pada gambarajah permainan). Tidak terlintas dalam fikiran saya untuk membeli permainan ini. Tambahan pula penjual tersebut menyamakan permainan ini dengan monopoli. “Argh.. x minat la kalau macam monopoli..dah bosan main..(ni cakap dalam hati je ni..)” Selepas soal selidik, belek2 saya nampak ianya ada sedikit persamaan konsep dengan CashFlow 101.
Nak dijadikan cerita, lepas solat maghrib terdetik hati saya untuk membeli permainan ini. Mungkin ada baiknya saya beli permainan ini. “Boleh main ngan adik2 kat rumah nanti”..kebetulan saya akan balik bercuti Raya Aidilfitri minggu ini; dengan harapan mereka dapat belajar sesuatu mengenai kewangan/bisnes secara tidak langsung. Mungkin dapat menarik minat mereka mengenai kewangan/bisnes di awal usia muda. InsyaAllah saya akan update mengenai permainan ini nanti.
Info Catur Bistari
Catur Bistari merupakan permainan yang mendidik ilmu dan amalan bisnes. Permainan ini sesuaiĀ untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga di kalangan anak-anak dan yang menarik perhatian saya adalah amalan bisnesnya yang berlandaskan nilai-nilai Islam.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada laman web ini:
1. Catur Bistari (http://www.caturbistari.com.my)
