

Anak buah yang ke-3. Gambar ini diambil ketika ianya berusia kira-kira 2 minggu. Baru umur 2 minggu pun dah pandai bergaya masa tido.. hehe
Nama: Nur Alya Humairaa
Tarikh Lahir: 09/09/09


Anak buah yang ke-3. Gambar ini diambil ketika ianya berusia kira-kira 2 minggu. Baru umur 2 minggu pun dah pandai bergaya masa tido.. hehe
Nama: Nur Alya Humairaa
Tarikh Lahir: 09/09/09

Catur Bistari-Permainan Keusahawan
Saya sudah membeli permainan ini semasa ronda2 sementara menunggu waktu berbuka dengan harga RM80.00 di e@Curve, Kota Damansara. Harga asal adalah RM89.90. Mula-mula tengok permainan ini tercetus difikiran saya “Ini macam CashFlow 101 je..” (cetusan idea berdasarkan laluan pada gambarajah permainan). Tidak terlintas dalam fikiran saya untuk membeli permainan ini. Tambahan pula penjual tersebut menyamakan permainan ini dengan monopoli. “Argh.. x minat la kalau macam monopoli..dah bosan main..(ni cakap dalam hati je ni..)” Selepas soal selidik, belek2 saya nampak ianya ada sedikit persamaan konsep dengan CashFlow 101.
Nak dijadikan cerita, lepas solat maghrib terdetik hati saya untuk membeli permainan ini. Mungkin ada baiknya saya beli permainan ini. “Boleh main ngan adik2 kat rumah nanti”..kebetulan saya akan balik bercuti Raya Aidilfitri minggu ini; dengan harapan mereka dapat belajar sesuatu mengenai kewangan/bisnes secara tidak langsung. Mungkin dapat menarik minat mereka mengenai kewangan/bisnes di awal usia muda. InsyaAllah saya akan update mengenai permainan ini nanti.
Info Catur Bistari
Catur Bistari merupakan permainan yang mendidik ilmu dan amalan bisnes. Permainan ini sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga di kalangan anak-anak dan yang menarik perhatian saya adalah amalan bisnesnya yang berlandaskan nilai-nilai Islam.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada laman web ini:
1. Catur Bistari (http://www.caturbistari.com.my)

Tinggal beberapa hari lagi sahaja kita akan meninggalkan bulan yang penuh barakah ini. Perasaan bercampur baur di akhir-akhir Ramadhan ini. Sedih, suka, hiba dan sebagainya. Persoalan utama, adakah kita bakal bertemu kembali pada Ramadhan akan datang? Adakah amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterima? serta pelbagai lagi soalan2 yang bermain dikotak fikiran. Mudah-mudahan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan kali ini diterima olehNya.
Walaupun sedih untuk meninggalkan Ramadhan; namun kita tidak pula boleh bersedih pada pagi Syawal. Kita diharuskan untuk bergembira pada hari tersebut. Hari kejayaan kita menempuh bulan Ramadhan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kedua ibu bapa yang banyak membimbing saya, guru-guru yang tidak pernah kenal erti penat lelah untuk mendidik kita, rakan-rakan dikala susah dan senang, dan tidak lupa juga kepada client2 serta sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.