Jan
01
Author: AkmalRahim | Category:
Photography,
Wedding
Alhamdulillah..pada tanggal 1/1/2011, permulaan hari bagi tahun baru 2011 telah berlangsungnya majlis pertunangan Suzanna (Anna) dan Saiful (Epul). Cuaca pada hari ini sangat baik seolah-olah merestui majlis ini.
Majlis pertunangan bagi kedua pasangan ini, telah berlangsung dengan cukup lancar di rumah Anna yang terletak di Taman Kempas Indah, Johor. Majlis tersebut telah bermula kira-kira pada jam 3.00 petang dengan tema pakaian keluarga Anna adalah ‘orange’. Antara hadirin yang hadir memeriahkan majlis ini merupakan kaum keluarga, saudara-mara dan sahabat handai bagi kedua-dua belah pasangan.
Tahniah kepada Anna & Epul..Semoga sampai ke jinjang pelamin..Amin..







Dec
18
Author: akmalrahim | Category:
Photography,
Wedding
Syukur Alhamdulillah..Zhafri telah selamat diijab kabulkan dengan Nadia dalam suatu majlis pernikahan yang harmoni di Masjid Kristal, Terengganu pada 18 Disember 2009 bersamaan 1 Muharram. Detik 1 Muharram dipilih oleh kedua-dua pasangan sebagai batu loncatan kearah perubahan/penghijrahan daripada yang baik kepada lebih baik..
Majlis pernikahan berlangsung sekitar 9.30 pg.. dengan hujan renyai2 pada sebelah paginya. Alhamdulillah.. gerimis tidak berpanjangan, nur jelas kelihatan sebaik sahaja majlis pernikahan ini selesai. Nur yang terpancar jelas merahmati hari tersebut.
Para jemputan/ hadirin mula memenuhi rumah pengantin perempuan dari jam 11.00 pg lagi.. Pada sebelah petangnya pula, sekitar 3.30 ptg berlangsung pula majlis persandingan kedua2 pengantin ini. Selesai majlis persandingan, satu sesi ‘outdoor’ dijalankan sekitar masjid terapung pula. langit agak gelap pada hari tersebut namun dengan keadaan ini dapat ditangini dengan baik.
kredit diberikan kepada junior2 KFK, UTMJB yang membantu dalam menjayakan sesi fotografi outdoor. keh.. selamat menjamu mata..







